20100612

cerita pasai bola...

musim piala dunia dah start dah.. semua orang dah mula beli jersi negara masing-masing walaupun sebenarnya semua orang adalah warganegara Malaysia.. tapi mungkin sebab nak tunggu Malaysia masuk piala dunia lambat lagi maka kita terpaksa menaruh harapan pada pasukan negara lain untuk turut sama merasai kehangatan bola sepak piala dunia..

aku dan kawan-kawan pun tak terkecuali.. semua da seronok beli jersi pasukan idaman.. ada yang sarung jersi Argen, ada yang sarung Spain.. aku pulak selesa dengan Jepun dan pasukan-pasukan dari Asia.. hahahhaa...

tapi kehangatan piala dunia tahun ni aku rasa sedikit hambar berbanding tahun-tahun lepas.. sebelum ni kalau piala dunia ja mesti keluar lepak dengan membe-membe tengok bola kat mamak.. lagi ramai lagi seronok.. baru boleh kutuk team kawan-kawan... kalau team kita kena kutuk pun best juga... baru terasa kehangatannya.. hehehe...

bila tengok bola ramai-ramai, kemeriahan dia lain sikit.. dulu waktu belajar seronok tengok bola sebab kawan-kawan ramai dan duduk dekat-dekat... masing-masing belum ada komitmen kerjaya yang perlu ditumpukan... maka ramailah membe yang join lepak sambil tengok bola..

tapi sekarang ni dah suam sikit perasaan tu.. kawan-kawan dah ramai yang kerja jauh.. nak jumpa makin susah.. kawan-kawan yang duduk sekali pun dah tak lama jumpa.. masing-masing busy dengan komitmen masing-masing... bila tengok bola pun dah tak seronok.. harap 2-3 kerat ja yang ada.. memang dah makin hambar la perasaan seronok untuk tengok bola tu...

makin tua usia, makin kurang peratus perjumpaan dengan rakan-rakan... makin lanjut usia, makin hilang excitement untuk tengok bola sama-sama.. makin bertambah angka pada umur kita, makin suram kehidupan ni tanpa sokongan kawan-kawan...

piala dunia tahun ni aku harap Jepun, Korea Utara, Korea Selatan dengan Australia jumpa waktu semi final... tu saja keseronokan yang mungkin aku boleh gamit dari piala dunia tahun ni.. huhuhu...

20100610

cerita bila dah jumpa...

setelah sekian lama berjauhan dari rakan-rakan, akhirnya peluang untuk bersua muka kembali menerjah. setiap masa dan ketika diisi sebaik mungkin diantara teman, handai dan jua rakan-rakan. sedikit sebanyak masa yang ada cuba diluangkan agar rindu yang sekian lama terbuku di hati dapat dihamburkan. setiap weekend diisi sebaik mungkin. tiada lagi masa untuk tidur seharian mahupun dua harian. jika bukan bersama teman, pasti bersama handai. dan pasti ada saja aktiviti yang cuba diluangkan. tambahan pula dengan kehangatan majlis perkahwinan di serata pelusuk negeri. semua itu menjadi alasan yang hakiki untuk meluangkan masa bersama handai.

tapi...

bila lama tak berjumpa, bila rindu yang terbuku kian menebal, emosi menjadi nipis. terkadang hati terasa terguris, terkadang hati bagai berbunga dan terkadang juga hati terasa seperti digilis-gilis. kata yang terhambur dari mulut sudah tidak seindah kata yang terpendam di hati. jenaka dan ria sudah tidak menangkap seperti dahulunya. perjumpaan yang meriah juga kian sunyi terasa di dalam.

adakah usia yang mencetus kepada perubahan ataupun adakah perpisahan yang sementara itu telah membuatkan segalanya tampak berbeza. baik dari segi rohani mahupun dari keadaan lahiriahnya sendiri.

mereka yang dirindui, mereka yang diingati, mereka yang didamba, semakin sukar untuk difahami. semuanya menjadi semakin asing.

ya, setiap perhubungan pasti ada pahitnya tapi pahit ini seperti tidak terbendung lagi. semakin meluap rasa rindu, semakin pedih rasa di hati bila bersua.

aduh....

aku nak semua jadi macam dulu....

tolong....