20100403

cerita bila rindu.....

aku rindu kawan-kawan aku. aku rindu melepak. melepak dengan kawan-kawan aku. melepak dengan kawan-kawan yang suka melepak. kami memang suka melepak. aku rindu bila kami tak melepak sama-sama. aku rindu...

sebab kami memang suka melepak..

kadang-kadang lepak kat kedai mamak, kadang-kadang lepak kat rumah pitchong, dan kadang-kadang kami melepak kat kedai mamak balik. melepak adalah aktiviti ruji kami macam rujinya nasi kepada orang Melayu. bila berjumpa mesti nak melepak, kalau tak jumpa pun, masing-masing try set nak ajak melepak juga. melepak ni memang ruji lah. kalau tak dapat tu kira menggigil jugak la badan. dan bila dah lepak tu, susah nak berhenti. kalau dah jam 0400 pagi pun, still ada orang yang nak ajak extend lagi sesi melepak tu. macam minta nasi tambah la.

jamad : dah lewat dah ni. jom gerak. aku kena pi kerja awal...

abbas : rilek dulu. sebatang rokok lagi. timer.

jamad : timer aaa.. pasni gerak..

selepas 1 jam berlalu...


jamad : jom aa gerak weh.. da cerah dah kot...

combi : jom aaa, jom.. sebatang lagi. timer. habeh ni kita gerak..

selepas 45 minit...

combi : jom balik...

pitchong : ghaiii~~~ timer dulu sebatang..

apeh : habeh sebatang ni kita gerak aa...

jamad : habeh ni teruih gerak oke..

dan akan berlarutan sampailah semua terpaksa mengalah akibat hari makin cerah, dan mata masing-masing dah macam panda yang dah nak pupus kat china tu. macam tu la betapa addictnya kami dengan aktiviti melepak ni. kadang-kadang tu macam dah makin melarat. sikit-sikit nak lepak. sikit-sikit nak lepak.

susah nak bosan bila melepak dengan kawan-kawan yang kita sayang. susah dia sama macam kalau kita tak makan nasi juga la. kena pulak lauk ikan bawal goreng cicah dengan sambal kicap maneh. sapa yang berani tolak kalau dah tersedia depan mata. perut baru lepas isi pizza pon selamba je makan nasi pulak. macam tu la susahnya kami nak berhenti lepak. kena pula jumpa geng yang asyik nak bersembang saja memang lagi susah la nak berhenti. setakat berhenti lepak sat tengok wayang lepas tu sambung balik memang tak kira sebagai berhenti pun kan.

dan bila dah selalu sangat melepak, akan ada la aktiviti baru untuk menambah rencah dalam aktiviti lepak yang sedia ada ni. contoh macam kita tukaq makan nasi kukus pula. takpun makan nasi ayam hainan. masih nasi juga cuma kita tukaq rasa saja. macam tu la kami, bosan lepak kat kedai mamak, kami ajak lepak kat kenduri kawan-kawan pulak. takpun cuba nak melepak kat skytrex. maseh melepak cuma ada benda lain nak bagi melepak tu lebih spicy lagi. baru ada thrill. macam makan nasi sambil cicah dengan sambal belacan pon bolehlah.

tapi semua tu bila kita melepak dengan kawan-kawan yang kita sayang. kalau boleh nak kahwin satu pelamin. nak dapat anak sama-sama. nak duduk rumah dekat-dekat. nak pi bercuti sama-sama. dalam album gambaq penuh dengan gambaq kawan-kawan sampai takdak tempat nak letak gambaq adik-beradik. kawan-kawan yang sama-sama membesar waktu kat sekolah. sama-sama kena marah dengan cikgu sebab tak pakai stokin. sama-sama redah semak semata-mata nak beli rokok ataupun saja nak rasa macam mana perasaan lepak kat luar asrama tengah-tengah malam buta. kawan-kawan yang sama-sama kongsi beli biskut Tiger time outing. kawan-kawan yang bila jumpa rasa nak peluk selalu walaupun ketiak dok pancoq teruk. kawan-kawan yang kenal apa tu maksud kawan.

aku sayang sungguh semua kawan-kawan aku. bila melepak sensorang kat tempat yang asing sampai dekat 9 jam, memang aku jadi rindu sangat kat kawan-kawan semensatusyera aku. orang boleh kata gila tak develop, lepak dengan kawan sekolah lagi. aku peduli apa. bukan semua orang ada perasaan yang sama macam mana kami semensatusyera kongsi. bila lama tak jumpa boleh menitik air mata. kadang-kadang tu baca komen-komen dekat group dalam facebook saja pon dah boleh gelak teruk sambil guling-guling. kadang-kadang tengok gambaq yang ada dalam group, terkenang benda-benda yang berlaku dulu dan terasa rindu yang menebal. memang menitik la air mata. sensitif ka, hati kaca ka, lembik ka. semua tu orang yang kata. orang yang tak rasa apa yang kami rasa. kami sayang kawan-kawan. normal la kalau sensitif tu.

BESAQ KAWAN-KAWAN....!!!! HANG BESAQ KAWAN-KAWAN HANG...!!!

istilah ni aku rasa sangat common di kalangan syera. hampir semua syera pernah dileteri dengan istilah ni. kalau marah naik nama kawan-kawan, memang cepat ja rasa telinga ni panas. tapi semua tu tak pernah menghalang kami dari bersama melepak dan berjuang untuk semensatusyera yang kami sanjungi. memang la kena marah kalau dah ponteng sekolah sampai seminggu semata-mata nak melepak dengan kawan-kawan. ponteng time register pulak tu. kadang-kadang tu habaq kat mak abah nak pi penang sat. tapi lepaih 2 minggu baru nak balik rumah. memang leteran la jawabnya. asal cuti sem ja, balik rumah tapi tak dan nak dok sembang dengan mak abah pun. terus hilang pi jumpa kawan-kawan. 2 bulan 2 bulan la macam tu. siang tidoq, malam lepak dengan kawan-kawan.

memang melepak ni dah tak dapat nak dipisahkan dari kehidupan kami. kami mesti nak melepak dengan kawan-kawan juga. tak dapat lepak lama, sat pun dah cukup sekadar nak hilangkan rindu yang terbuku di hati. dapat tengok muka kawan-kawan depan mata, dapat dengaq cerita-cerita fun kawan-kawan. dapat bergelak ketawa dengan lawak kawan-kawan. cukupla walaupun sat. perjumpaan yang sat tu, kalau diakhiri dengan salam petik dan pelukan mesra memang cukup la sebagai bekalan sampailah berpeluang untuk lepak balik.

dan bila dah mula rindu kat kawan-kawan, hati rasa tak tenang. badan mula menggigil. makan tak habeh. mandi tak bersih. isap rokok pon tak sampai lambang. kalau awek seksi lalu depan mata pon tak dan nak kaleh. seminggu dua tak jumpa pon da tak ketahuan, ni pulak kena tak jumpa dalam 4 bulan lebih. memang rabak la mata.

asyik dok teringat saat-saat melepak bersama. saat-saat getir waktu berlaku pertelingkahan dengan kawan-kawan. saat mulut tak dapat nak bendung perasaan marah sampai terhambur kata-kata yang mampu mengajak kawan jadi lawan. saat macam tu akan sentiasa bermain kat dalam kepala otak ni bila rindu. dok pusing-pusing dalam kepala, paseipa la dulu aku kata macam tu. paseipa aku sanggup buat macam tu kat dia. padahal kawan baik kot. walaupun sekarang ni benda-benda remeh tu dah dilupakan, saat gelap tu dah menjadi gurauan, tapi bila rindu, saat macam tu la yang buat kita terkenang dan rasa sayang sangat kat kawan-kawan kita. saat-saat macam tu la yang buat persahabatan ni lebih utuh. sedikit pertelingkahan tu mampu mengeratkan hubungan antara kami macam melekatnya bau sambal belacan kat tangan lepas makan nasi. susah nak cari kawan yang sanggup telan semua kepahitan kita sama-sama, sanggup melupakan detik awkward kita demi menjaga hati kawan-kawan yang lain. secara lahiriahnya memang saat-saat macam tu akan menjadi aset gurauan yang tak berpenghujung tapi semua tau yang tiada sekelumit dendam pun terbuku dalam hati.

kawan-kawan macam ni memang susah nak cari dah zaman la.

kawan-kawan yang nampak kita equal. kawan-kawan yang paham penderitaan kawan yang lain dan dengan cara tersendiri mampu membuatkan senyum terukir disebalik hati kita yang sedang gundah dan parah. kawan-kawan yang bila berjumpa asyik nak peluk tanpa mengira peluh dan keadaan. kawan-kawan yang suka buat group hug bila terasa persahabatan tu di tahap kemuncak. kawan-kawan yang sanggup kejutkan kita dengan pelbagai kejutan yang kita tak pernah harap kita akan terima. kawan-kawan yang suka dengar cerita kita dan suka bercerita balik.

kawan-kawan yang sayang kawan-kawan.....

kawan-kawan yang aku sendiri sayang dan cinta....

kawan-kawan yang kita sanggup luang lebih masa dari semuanya...

kawan-kawan aku.....

aku tobat rindu kawan-kawan aku.....