20100206

cerita cinta yang tak habeh...

aku nak cerita pasal cerita cinta...

cerita cinta pitchong..
cerita cinta combie..
cerita cinta toaq..
cerita cinta abaih..
cerita cinta jamad..
cerita cinta apat..
cerita cinta apeh..
cerita cinta chemp..
cerita cinta pian..
cerita cinta eriq..
cerita cinta pitmid..
cerita cinta semua orang.....

tapi aku tak tau apa nak cerita ..
semua kawan-kawan aku ada cerita cinta..

waktu sekolah dulu aku tak berpeluang nak ada cerita cinta sendiri..
cerita cinta aku selalunya berpandukan novel ros yang selalu budak-budak sorok bawah tilam takpun terselit kat tangki tandas...
waktu dah nak habis sekolah dulu, aku cuba juga nak cipta cerita cinta aku sendiri.. mula-mula dengan form 4 baru tapi tak dan nak pi jauh..
try adjust form one plak, lagi sadis..

sebab apa aku nak cipta cerita cinta aku?

sebab kawan-kawan aku waktu tu semua ada cerita cinta yang bila kenang balik la, terasa macam nak gelak sorang-sorang..
terasa macam nak baca balik surat-surat waktu dok seronok cipta cerita cinta... terasa macam nak telefon balik cerita cinta lama.. saja nak catch-up..

kadang-kadang terasa macam saja nak perangat kawan-kawan..

pasal apa aku tau 'terasa-terasa' tu semua, sebab aku selalu melayan kawan-kawan bila depa ber'cerita cinta' kat aku....

dengan pitchong paling seronok la layan..
lepak kat katil dia yang macam kebun pandan, balut palert, belek balik surat request yang baru dapat petang tadi...
memang pelik..
pitchong yang habis tak ketahuan pun bila bab ber'cerita cinta' ni jadi jiwang... tambah pulak dia memang selalu all out maka lagi seronok layan cerita cinta dia....

pitchong ni bila dia suka kat orang, dia memang suka betul..
belakang apa nak jadi pun dia tak peduli tapi tu la perangai dia yang orang jarang nampak..
dia akan kejar apa yang dia nak sampai dia dapat..
tak kesahla kasut ka, gadis ka, ration ka, rokok ka, jadi tekong nasyid ka, nak perform kat pentas ka..
apa-apa je la..
sebab tu dia boleh dapat gadis comel yang buat ramai orang pelik..
waktu dia couple dengan gadis tu, dia selalu cerita kat aku apa yang depa baru lepaih buat..
dia dapat coklat ka, dia dapat surat ka, dia dapat request ka, dia dapat song request ka..
waktu tu aku jeles gak sebab asek dia ja yang dok cerita, aku dok dengaq ja dari mula sampai ke sudah..
tapi bila pikiaq balik pon dia sendiri yang buat bagi dia boleh cerita..
aku haram tak buat apa pun...
buat apa nak jeles teruk-teruk...
tambah pulak dia 'pitchong'..
sapa tak kenal dia..

cerita cinta pitchong mula macam mana aku tak berapa nak pasti..
tapi yang aku yakin, cerita cinta dia mula dengan seorang teman rapat yang comel...
teman yang sama-sama buat kelaku tak sopan, teman yang selalu ada dalam gambaq, teman yang bersama-sama meneroka dunia aneh ni...
haish...

tapi aku rasa lega sebab persahabatan tu tak terputus hanya kerana satu kisah cinta yang tak habeh...
kisah cinta yang memakan diri dua sahabat baik...
namun, persahabatan rupanya lagi kuat dari secalit cerita cinta..

aku bangga...

aku lega...

20100204

cerita orang lapaq yang malas....

kalau dulu aku pernah bertahan tak makan sampai tiga hari tapi la ni aku dah sampai limit aku... baru sehari aku tak makan nasik aku dah rasa macam nak mati dah... nak tidoq tak boleh, nak hisap rokok lagi la tak berapa nak sopan.. rasa bebai, geram, sedih, rindu, semua dah macam dok pusing-pusing dalam kepala otak aku... nak pi jalan cari makan sorang-sorang kat pekan JB ni macam nak seksa diri ja... dengan tak tau jalan, kedai pun tak berapa nak nampak..

call McD pun tak guna jugak... delivery sampai pukul 2145 saja.. baik tak gaduh buat iklan delivery 24jam kalau kat KL ja benda tu ada guna.. rasa cam nak rimbuk ja sapa yang bagi idea iklan fancy-fancy kat tv kata delivery 24jam.. mcdelivery my arse.... duri adala...

bila situasi macam ni menjelma, kepala otak aku memang tak pikiaq benda lain.. mesti teringat zaman sekolah dulu... mau lapaq tengah-tengah malam ni memang aku roger eriq dah... ajak pi fly mana-mana patut... selalu kat pekan Kangar tu masih ada lagi saki-baki kehidupan yang boleh menjanjikan makanan dan hiburan bagi mereka yang laparkan makanan dan dahagakan hiburan walaupun tak seberapa... itu kalau lapaq biasa-biasa sambil kaki gatai nak keluaq.. tapi kalau betoi lapaq sampai tak larat nak bangun, memang adik-adik yang jambu la yang menjadi mangsa untuk mencari makanan buat abang-abang yang kelaparan ini... kadang-kadang tu saja mengada minta warden belikan makanan... tambah bila baru lepaih kantoi fly... warden sekolah yang amat dikasihi ni selalu menjanjikan yang terbaik bila ada kes..

"kalau betul lapaq, ketuk ja pintu bilik saya.. habaq nak makan apa nnt saya pi cari.. tak payah nak fly-fly ni.. bukan saya tak tolong.."

"mau lapaq sangat sampai tak tahan tu mai la makan kat rumah saya... bukan saya tak bagi.. daripada dok fly ja..."

"saya duduk dekat hostel sebab nak tolong kamu.. cuba minta tolong tengok.. mesti saya pi beli punya.."

"harap badan ja besar, tapi lembik..."

lebih kurang macam tu la ayat-ayat manis dari lelaki yang bergelar warden suatu ketika dulu kat Aspura tapi hakikatnya tak semua warden mampu kotakan apa yang dia ngarut tu... sorang ja yang dok tolong.. yang lain tu perangai dah macam haram, mulut pun sama....

FUUWWAAAAAARRRGGHHHHHHHHHHKKKK...!!!!!!!!

kepala dah start pening dah ni... badan dah rasa ringan.. time macam ni kalau sua lauk dugong yang paling hina waktu kat dining dulu pun licin ni aku ratah... lauk sotong dakwat tu jangan cerita la... da nampak macam set seafood kat kedai cina dah time ni... bagi pi la apa pun la ni mesti aku anggap tu pemberian dari syurga punya...

maggi goreng mat bet yang awi selalu dok kompelin kata rasa macam kain buruk tu pon nampak yummy gila... apatah lagi sardin yang kami pakat-pakat masak kat dapoq umah pitchong suatu ketika dulu... semangat beli sardin nak masak ni.. padahal saja pancing sebab nak bagi sejuk hati geng penang sebab minta depa hantaq sampai rumah...

haduih....... ikan curi dari kolam dekat kantin lepaih tu bakaq kat belakang koridor... kalau bakaq malam rasa fun kan.. bayang bakaq waktu tengah hari, time lap class.. takmau bagi warden nampak, cover dengan papan katil... bakaq belakang MA5.. tahun 1999... gila bernas sapa yang bagi idea nak bakaq ikan time tu... aku tak ingat sapa tapi memang gengster habih la cadangan tu..... macam mana boleh pikiaq pon tatau...

maggi masak dalam timba guna air paip... tobat aku ratah sampai licin kalau ada kat depan mata la ni.... biaq pi la kembang besaq penumbuk pak yazid pon, selambe bedal babe...

arghhhh.. dari aku dok ngarut sambil layan perut buat bunyi aneh dan menimbulkan sensasi pening dan ringan di kepala ni, baik aku pi paksa diri gak jalan kat bawah sambil cari kedai yang ada jual makanan..... kalau kena pukul pun at least aku tak la givap dalam bilik sambil dok ngadu lapaq kat bloq tak guna ni...

demit....