20100206

cerita cinta yang tak habeh...

aku nak cerita pasal cerita cinta...

cerita cinta pitchong..
cerita cinta combie..
cerita cinta toaq..
cerita cinta abaih..
cerita cinta jamad..
cerita cinta apat..
cerita cinta apeh..
cerita cinta chemp..
cerita cinta pian..
cerita cinta eriq..
cerita cinta pitmid..
cerita cinta semua orang.....

tapi aku tak tau apa nak cerita ..
semua kawan-kawan aku ada cerita cinta..

waktu sekolah dulu aku tak berpeluang nak ada cerita cinta sendiri..
cerita cinta aku selalunya berpandukan novel ros yang selalu budak-budak sorok bawah tilam takpun terselit kat tangki tandas...
waktu dah nak habis sekolah dulu, aku cuba juga nak cipta cerita cinta aku sendiri.. mula-mula dengan form 4 baru tapi tak dan nak pi jauh..
try adjust form one plak, lagi sadis..

sebab apa aku nak cipta cerita cinta aku?

sebab kawan-kawan aku waktu tu semua ada cerita cinta yang bila kenang balik la, terasa macam nak gelak sorang-sorang..
terasa macam nak baca balik surat-surat waktu dok seronok cipta cerita cinta... terasa macam nak telefon balik cerita cinta lama.. saja nak catch-up..

kadang-kadang terasa macam saja nak perangat kawan-kawan..

pasal apa aku tau 'terasa-terasa' tu semua, sebab aku selalu melayan kawan-kawan bila depa ber'cerita cinta' kat aku....

dengan pitchong paling seronok la layan..
lepak kat katil dia yang macam kebun pandan, balut palert, belek balik surat request yang baru dapat petang tadi...
memang pelik..
pitchong yang habis tak ketahuan pun bila bab ber'cerita cinta' ni jadi jiwang... tambah pulak dia memang selalu all out maka lagi seronok layan cerita cinta dia....

pitchong ni bila dia suka kat orang, dia memang suka betul..
belakang apa nak jadi pun dia tak peduli tapi tu la perangai dia yang orang jarang nampak..
dia akan kejar apa yang dia nak sampai dia dapat..
tak kesahla kasut ka, gadis ka, ration ka, rokok ka, jadi tekong nasyid ka, nak perform kat pentas ka..
apa-apa je la..
sebab tu dia boleh dapat gadis comel yang buat ramai orang pelik..
waktu dia couple dengan gadis tu, dia selalu cerita kat aku apa yang depa baru lepaih buat..
dia dapat coklat ka, dia dapat surat ka, dia dapat request ka, dia dapat song request ka..
waktu tu aku jeles gak sebab asek dia ja yang dok cerita, aku dok dengaq ja dari mula sampai ke sudah..
tapi bila pikiaq balik pon dia sendiri yang buat bagi dia boleh cerita..
aku haram tak buat apa pun...
buat apa nak jeles teruk-teruk...
tambah pulak dia 'pitchong'..
sapa tak kenal dia..

cerita cinta pitchong mula macam mana aku tak berapa nak pasti..
tapi yang aku yakin, cerita cinta dia mula dengan seorang teman rapat yang comel...
teman yang sama-sama buat kelaku tak sopan, teman yang selalu ada dalam gambaq, teman yang bersama-sama meneroka dunia aneh ni...
haish...

tapi aku rasa lega sebab persahabatan tu tak terputus hanya kerana satu kisah cinta yang tak habeh...
kisah cinta yang memakan diri dua sahabat baik...
namun, persahabatan rupanya lagi kuat dari secalit cerita cinta..

aku bangga...

aku lega...

3 comments:

the artist and i said...

aku suka baca

mustno said...

cerita cinta encik jerry takda ka?

mustno said...
This comment has been removed by a blog administrator.